Tampilkan postingan dengan label guna. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label guna. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Menteri KP digesa jawab dakwaan guna logo JPJ

Malaysiakini

  Nov 21 2012 
NGO berkaitan PKR, JINGGA 13 mendesak menteri pengangkutan dan ketua pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjawab dakwaan tindakan kontraktor AES menggunakan kenderaan berwarna dan berlogo JPJ dalam tempoh seminggu dari sekarang.

NONESetiausaha Agung Jingga 13, DK Vicky berkata, rakyat mahu tahu
siapakah yang telah membenarkannya sepertimana dakwaan dalam laporan polis yang dibuat oleh dua ahli Parlimen PAS semalam.
Laporan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen PAS - Datuk Mahfuz Omar yang juga pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE) dan Mohd Firdaus Jaafar - di Balai Polis Dang Wangi semalam.

Mereka mendakwa kontraktor AES menggunakan kenderaan dengan warna dan logo JPJ dan mendakwa melanggar Seksyen 170 dan
Seksyen 171 Kanun Keseksaan, iaitu menyamar sebagai penjawat awam dan memakai pakaian atau membawa tanda yang digunakan pejawat awam dengan niat menipu.

NONEMenurut Vicky, dakwaan tersebut tidak boleh dipandang ringan dan mendesak pihak polis mengambil tindakan tegas dan segera terhadap mereka yang terbabit.

Sehubungan itu, katanya, JINGGA 13 mendesak menteri pengangkutan dan ketua pengarah JPJ menjawab dakwaaan tersebut dan sama ada pihak menteri atau JPJ membenarkan syarikat kontraktor berkenaan bertindak demikian
ReadFull Article ..

Wanita Guna Facebook Tangkap Perogol


Penggunaan laman sosial Facebook oleh pihak berkuasa untuk mengesan penjenayah siber seperti pedofil bukanlah sesuatu yang asing.

Namun, di Swidon, seorang ibu kepada tiga anak menggunakan aplikasi ini untuk mengesan lelaki yang pernah merogolnya hampir tiga puluh tahun lalu.

Menceritakan detik hitam itu kepada Mail Online, Melina Thomas, 42, dirogol sewaktu berusia 13 tahun pada tahun 1984 oleh Orville Vaughan yang turut dikenali sebagai Bov.

Vaughan yang berusia 20-an pada ketika itu merogol Melina yang sedang dalam perjalanan untuk bertemu teman lelakinya, Simon di sebuah tangga di tempat letak kereta.


Melina yang trauma hanya menceritakan kejadian itu kepada Simon dan tidak mahu memberitahu ibu-bapanya.

Akhirnya, pada tahun 1987 dia berterus-terang kepada ibunya namun tetap menolak untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa kerana bimbang akan keselamatannya selain ketiadaan bukti.

Bagaimanapun, Melina terus dihantui dengan bayangan Voughan dan akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan Facebook bagi mengumpul maklumat perogol itu.

Beliau juga turut bertindak menghubungi beberapa wanita yang dipercayai pernah menjadi mangsa lelaki itu.

Dengan sokongan penuh suaminya, Greg, 50, dia berjaya mengumpul bukti yang mencukupi bagi membuat laporan polis dan seterusnya membawa kepada penangkapan Vaughan yang kini berusia 53 tahun.

Vaughan akhirnya dijatuhi hukuman penjara selama 17 tahun oleh mahkamah.

Oleh: ELZA
ReadFull Article ..

Jumat, 20 Desember 2013

Datuk Bandar Guna Kereta Kebal Sampaikan Mesej

Seorang datuk bandar Eropah Timur kecewa dengan orang ramai yang meletakkan kereta mewah mereka di lorong-lorong basikal secara haram di bandarnya telah menaiki sebuah kereta kebal untuk memastikan mesejnya didengar dengan “kuat dan jelas.”

Arturas Zuokas, datuk bandar Vilnius, ibu kota Lithuania, telah mengeluarkan satu rakaman video yang menampilkan dirinya di tempat kawalan sebuah kereta kebal lapan roda menggelek dan menghancurkan sebuah kereta Mercedes Benz yang diletakkan secara haram di lorong basikal.

Apabila pemilik kereta keluar daripada sebuah kedai dan melihat kerosakan yang berlaku, Zuokas menjabat tangan pemilik tersebut dan memberitahunya, “Lain masa,letakkan kereta anda secara sah.”

“Datuk bandar Zuokas inginkan mesejnya terang dan jelas menyatakan bahawa bandar itu tidak akan bersabar dengan tingkah laku biadab dan tidak tahu malu oleh pemandu yang tidak mematuhi peraturan meletakkan kereta.” jurucakap Zuokas, Irma Juskenaite memberitahu U.K Guardian.

“Datuk bandar berharap dia tidak perlu lagi mengulangi ‘persembahannya’ supaya semua pemandu mengendahkan mesejnya, walaupun dia mengatakan yang dia bersedia untuk berbuat demikian,” katanya.

Irma menambah bahawa kereta mewah itu dibeli khusus untuk ‘persembahan’ itu.
ReadFull Article ..