Tampilkan postingan dengan label juta. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label juta. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Februari 2014

Lebih empat juta tonton video remaja pakai topi

Salam semua,


GAMBAR menunjukkan seorang remaja perempuan memakai topi beruang koala di laman YouTube.



NEW YORK - Seorang remaja perempuan yang muncul di laman perkongsian video YouTube dengan memakai topi beruang koala telah mempersoalkan dirinya sama ada dia cantik atau hodoh.
"Kebanyakan orang memanggil saya hodoh dan saya berpendapat saya hodoh. Saya menganggap saya hodoh dan gemuk," katanya apabila dia mengalu-alukan pengguna Internet dari seluruh dunia untuk memberikan jawapan kepadanya.
Video itu yang berjudul Am I pretty or ugly? dimuat naik pada 17 Disember 2010 dan ditonton lebih empat juta kali di YouTube.
Seorang ahli psikologi keluarga, Profesor Nadine Kaslow dari Universiti Emory di Atlanta berkata, dunia golongan muda kini berada pada satu peringkat baharu.
"Ia (dunia baharu itu) boleh mengaibkan, mungkin memalukan dan anda mula menjadi objek awam berbanding menjadi diri sendiri," katanya. - Agensi [kosmo]
ReadFull Article ..

Rabu, 01 Januari 2014

Bapa Kafir NST disaman RM1 juta

Harakahdaily

18 Mei 2012


(Laporan NST yang mendakwa Nik Aziz bapak kafir)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantar notis saman kepada semua yang terlibat dengan laporan berita Nik Aziz father of kafir.

Saman pula akan difaikan minggu depan terhadap mereka yang terlibat di New Strait Times dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor.

Saman itu dibuat ekoran kegagalan kedua dua pihak memohon maaf dan menarik balik tuduhan terhadapnya sebagai “bapa kafir” dalam tempoh yang diberikan.

Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan Hisham Fauzi (gambar) berkata, pihaknya kini sudah menyiapkan sepenuhnya dokumen dan dijangka memfaikan saman tersebut Isnin depan.

"Minggu depan kita akan faikan saman terhadap kedua-dua pihak tersebut, dan kita jangka ianya boleh dibuat Isnin ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sebelum ini, pihaknya telah memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS itu.

Bagaimanapun tiada sebarang respon daripada Rahim malah beliau tampil menafikannya pula.

Isnin lalu pula, pihaknya menghantar notis saman kepad NST dengan memberi tempoh 48 jam untuk akhbar milik Umno itu memenuhi tuntutan.

Selain New Straits Times (NST), notis saman itu turut menamakan Ketua Editor NST serta tiga orang wartawan yang terlibat dengan berita itu iaitu Rahmah Ghazali, Lim Poh Lean dan Nik Imran Abdullah.

Notis itu antara lain menuntut NST menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf di muka hadapan akhbar itu, manakala enam kali dalam muka yang lain.

Mereka juga menuntut disiarkan satu muka penuh sama permohonan maaf itu di akhbar Berita Harian ataupun Utusan Malaysia.

Selain itu, turut dituntut bayaran RM1 juta sebagai gantirugi penyelesaian luar mahkamah.
ReadFull Article ..