Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mahu. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Maret 2014

Bakar apartmen kerana jumpa setan gay mahu memperkosanya

29 Okt 2013

Bakar apartemen, lelaki Amerika ngaku ketemu setan gay
Ilustrasi setan gay. skreened.com ©2013 Merdeka.com

Seorang lelaki dari Negara  Oklahoma, Amerika Syarikat mengatakan pada polis  yang dia bertemu setan gay  . Dia juga katanya iblis itulah menyebabkan kekacauan dan kebakaran di apartemennya.

Surat khabar the Huffington Post melaporkan, Selasa (29/10), Jeremy Jarnell Anderson ditahan sebab laporan dirinya menjadi tidak terkendali. Saksi  mengatakan Anderson melemparkan perabutnya melalui pintu apartmen dan memecahkan jendela.

Tubuhnya berdarah namun dia menuang garam serta sabun ke sekujur badannya. Petugas tidak mampu berbicara dengannya mereka pun menggunakan alat kejut. Tersangka juga merobek-robek kulitnya namun dia bilang tidak terasa.
Bukannya takut ketika polis  menodongkan pistol, dia malah menyuruh petugas menjatuhkan senapang mereka agar Anderson dapat memukul dan melawan sesuatu. Tak berapa lama anggota keselamatan melihat asap mengepul di apartmen lelaki 22 tahun itu. Anderson mengatakan dia telah membakar Alkitab sebab disuruh oleh setan.

Ketika semua berakhir dan anggota keselamatan membawa Anderson ke rumah sakit, dia mengatakan telah dirasuk setan homoseksual. Dia bilang hendak diperkosa oleh setan itu. Si Iblis juga menginginkan dadah yang sedang digunakan Anderson.

Anderson menjelaskan dia bukan gay dan sangat sedih membiarkan setan homo itu merasuki dirinya. Petugas mengatakan dia harus menjalani pemeriksaan mental.
Anderson ditangkap dan didakwa dengan perbuatan pembakaran tingkat pertama.
 Sumber:Merdeka.com
ReadFull Article ..

Kamis, 19 Desember 2013

Musa mahu PDRM bebas pengaruh politik

sinarharian
10 Disember 2012
Tan Sri Musa Hassan
Tan Sri Musa Hassan
PETALING JAYA - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang menarik perhatian negara ekoran pendirian lantang dalam beberapa isu kebelakangan ini, hari ini melahirkan harapan agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak terutama pemimpin politik dan ahli perniagaan.
Sehubungan itu, beliau juga mahu statistik semasa yang tepat mengenai kadar jenayah di negara ini dimaklumkan kepada orang ramai, bukannya disembunyikan.

Musa berkata, ini penting kerana timbul kekeliruan berikutan sesetengah pihak mendapati kadar jenayah di negara ini tinggi dan ia menimbulkan kebimbangan.
"Bila timbul pencanggahan rakyat akan keliru, kerana ada mengatakan tinggi, ada yang mengatakan tidak. Oleh itu, ia perlu penjelasaan, kita sedia maklum bahawa indeks jenayah punya pelbagai pecahan kerana merangkumi pelbagai jenis jenayah.
"Huraikan semua... apa itu jenayah kekerasan, jenayah harta benda dan bermacam lagi, biar rakyat faham jangan selindung," kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.
Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pernah membangkitkan isu bahawa kadar jenayah di negara ini tinggi berbanding apa yang diperjelaskan oleh kerajaan.
Musa berkata, sebagai bekas Ketua Polis Negara, beliau tidak mahu PDRM dipengaruhi oleh mana-mana pihak terutama parti politik.

"Saya sayang dengan PDRM, jalankan tugas yang diamanahkan oleh rakyat, sebagai anggota penguat kuasa jangan babitkan diri dengan politik terutama ketika menjalankan tugas," katanya.
Musa berkata, beliau kesal berikutan ada di antara individu luar yang bergelar ahli perniagaan boleh mencampuri urusan PDRM.

"Ahli perniagaan itu boleh meminta pihak pengurusan tertinggi PDRM menukarkan salah seorang pegawai kanan polis yang enggan meluluskan pembayaran bagi projek menaik taraf sistem komunikasi yang diperolehinya pada tahun 2009.

"Perkara ini amat dikesali, saya difahamkan bahawa pegawai terbabit enggan untuk meluluskan kerana projek itu belum siap, tetapi disebabkan keengganan itu, beliau telah ditukarkan dari Bukit Aman," katanya.

Musa berkata, beliau berharap agar PDRM terus berdiri di atas kaki sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Tambah beliau, walaupun beberapa siri pendedahan dilakukan, kerajaan masih berdiam diri dan tiada sebarang tindakan diambil.
ReadFull Article ..