Selasa, 04 Maret 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Apa agenda Kosmo mainkan isu WWW1

Apa agenda Kosmo mainkan isu WWW1

Harakahdaily

Salmiyah Harun, 12 Jun 2012
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Perak tidak menolak ada agenda pihak tertentu yang cuba mengaibkan Sultan Johor melalui laporan dan sindiran berhubung bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 yang disiarkan dalam akhbar Kosmo.

Ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata, isu bidaan mula disensasikan oleh akhbar terbabit sejak 8 April lalu.

Akhbar itu menyiarkan laporan yang bertajuk sanggupkah anda bayar RM500 ribu untuk plat ini?

Tambahnya akhbar berkenaan sudah mensensasikan isu itu sebelum dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pada 25 Mei Kosmo telah melaporkan nombor kenderaan berkenaan telah dibida dan keluaran itu juga akhbar itu secara sinis telah menggambarkan nilai bidaan sebanyak RM520,000 dengan membuat pelbagai bandingan.

Seterusnya, pada 28 Mei pula Kosmo sekali lagi di ruangan karikatur telah membincangkan tentang bidaan plat kenderaan berkenaan.

Namun, katanya pada hari yang sama kira-kira jam 4.07 petang dimana Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaludin memberi pandangan berhubung bidaan itu melalui tweeternya.

Nizar di dalam tweeternya berkata, "RM520k boleh dibelanjakan membantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin serta memerlukan bantuan untuk keperluan hidup, bina 20 rumah pprt".

29 Mei sekali lagi akhbar Kosmo mengesahkan Sultan Johor pemilik WWW 1 dan meletakkan gambar sebuah kereta mewah di muka depan akhbar itu.

Bagaimanapun, jelas Raja Ahmad, satu kekeliruan berlaku apabila pada 30 Mei Sultan Johor mempertahankan bidaannya itu tetapi dalam akhbar Kosmo keluaran yang sama sekali lagi menyiarkan karikatur berbentuk sindiran.

Namun, Kosmo pada keluaran 31 Mei cuba melagakan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu dengan Sultan Johor apabila mengeluarkan berita di muka depan bertajuk Mohammad Nizar kritik Sultan Johor berhubung plat WWW 1 disiasat.

Jelas Raja Iskandar, ekoran itu Pemuda PAS Perak telah membuat laporan polis berhubung laporan akhbar pada 4 Jun lalu malangnya sehingga kini Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil tindakan terhadap akhbar terbabit.

"Saya lihat ada tindakan pilih kasih. Dan saya tidak menolak ada agenda tertentu oleh akhbar terbabit yang mempertikaikan isu bidaan," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Kementerian Pengangkutan di bawah menterinya Datuk Seri Kong Cho Ha yang juga Setiausaha Agung MCA mendedahkan isu bidaan ini.

“Kenapa pada tahun 2010 isu bidaan plat ini yang mencecah RM300,000 itu rekod bidaan tertinggi ketika itu tidak didedahkan kepada umum sedangkan isu bidaan plat WWW 1 yang melibatkan Sultan Johor ini didedah dan dihebahkan secara meluas?" soalnya.

Beliau hairan apakah agenda kementerian mendedahkan isu yang membabitkan Sultan Johor ini.

“Di mana Pemuda Umno dan Perkasa yang lantang bercakap tentang isu ini. Sebenarnya Pemuda Umno berbohong kepada rakyat Johor dan Sultan," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Justeru, beliau sedia menyerahkan bukti-bukti laporan akhbar berkenaan yang jelas mempertikaikan bidaan nombor itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar