Tampilkan postingan dengan label buat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label buat. Tampilkan semua postingan
Senin, 17 Februari 2014
Kami Buat Seks Oral Dalam 20 Ke 30 Kali
Kami Buat Seks Oral Dalam 20 Ke 30 Kali - Bekas Ketua Biro Narkotik Pusat (CNB), Ng Boon Gay pada hari Isnin menjelaskan hubungan beliau dengan bekas Eksekutif Jualan IT, Cecilia Sue.
Lima belas minit dari awal keterangannya di sebelah petang, beliau menceritakan bagaimana hubungannya dengan Sue bermula sekitar akhir 2008 atau awal 2009.
Dituduh atas empat tuduhan rasuah berkaitan seks, Ng berkata, dalam tempoh tiga tahun hubungan sulitnya, mereka melakukan seks oral antara 20 hingga 30 kali di pelbagai tempat seperti tempat letak kereta dan lain-lain tempat-tempat terpencil di seluruh Singapura.
Pertemuan pertama telah diadakan di East Coast Park, dan setiap sesi adalah dipersetujui dan berlangsung kira-kira 30 minit, katanya.
“Beliau adalah pihak sanggup (melakukan seks oral) dan kami telah menikmatinya bersama-sama,” katanya yang bercanggah dengan keterangan awal Sue yang menafikan mereka mempunyai hubungan seksual.
“Dia menyempurnakan perbuatan itu dan saya tidak marah,” katanya.
Ng dituduh memperoleh suapan seksual sebanyak empat kali dari Sue antara Jun hingga Disember tahun lepas dengan tujuan membantu untuk melanjutkan kepentingan perniagaan majikan Cecilia ketika itu iaitu Oracle Corporation Singapura dan Hitachi Data Systems dalam urusan dengan CNB.
Sue mendakwa bahawa pada setiap empat kali yang disebut dalam pertuduhan terhadap Ng, dia dipaksa (melakukan seks oral) dan dalam beberapa kali, Ng sengaja menolak kepalanya ke arah kelangkang beliau di dalam kereta dan terdapat hubungan antara mulut dan bahagian peribadinya.
Mereka mempunyai hubungan seks hanya sekali pada Mei atau Jun 2009 di Great World City service apartment, dan kebimbangan akan kemungkinan berlaku kehamilan menghalang mereka daripada berbuat demikian lagi, Ng menceritakan.
Ng berkata, ketika beliau pertama kali bertemu Sue; “saya mendapati bahawa dia adalah menarik, ceria, seorang yang sangat menarik untuk bercakap,”
Mereka menjadi lebih intim selepas berbual di telefon dan bercakap tentang bagaimana kanser telah menjejaskan ibu mereka. Ibu Sue meninggal dunia akibat kanser beberapa tahun lalu dan ibu Ng juga telah didiagnosis dengan penyakit itu pada masa itu.
Dia “boleh menghargai tekanan, kerisauan dan kebimbangan yang saya ada. Cecilia memberikan saya sokongan yang besar, “katanya.
Ng mengambil tempat di bangku mahkamah selepas Hakim Daerah, Siva Shanmugam memutuskan bahawa bekas penjawat awam itu mempunyai kes untuk dijawab.
GAMBAR: NG tiba ke mahkamah bertemankan isterinya. – (Yahoo! News)
Rabu, 01 Januari 2014
Dokumen Rahsia Yang Buat Misuari Terpinggir
**Walaupun Misuari menafikan dia terbabit dalam insiden Sabah, tetapi semua pihak tahu MNLF pempinan sudah terpinggir sebaik kerajaan Filipina mengiktiraf peranan MILF.**Keadaan itu mungkin telah mewujudkan dendam di hati Misuari.Keratan berita perjanjian di bawah;*Sumber Gambar: Pena Minang Return Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menandatangani kerangka perjanjian damai secara rasmi di Istana Malacanang di sini hari ini bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina.Detik bersejarah bagi memulakan proses penubuhan wilayah autonomi Bangsamoro itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, pada pukul 3 petang waktu tempatan.Majlis yang turut disaksikan oleh Ketua MILF, Murad Ebrahim itu ditandatangani oleh wakil kerajaan Filipina, Marvic Leonen dan Ketua Perundingan Damai MILF, Mohagher Iqbal.Malaysia menjadi pengantara perundingan damai antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober lepas.sumber


















Langganan:
Postingan (Atom)