Rabu, 01 Januari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Dokumen Rahsia Yang Buat Misuari Terpinggir

Dokumen Rahsia Yang Buat Misuari Terpinggir


misuari

**Walaupun Misuari menafikan dia terbabit dalam insiden Sabah, tetapi semua pihak tahu MNLF pempinan sudah terpinggir sebaik kerajaan Filipina mengiktiraf peranan MILF.
**Keadaan itu mungkin telah mewujudkan dendam di hati Misuari.
Keratan berita perjanjian di bawah;
*Sumber Gambar: Pena Minang Return
Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menandatangani kerangka perjanjian damai secara rasmi di Istana Malacanang di sini hari ini bagi mengakhiri konflik lebih 40 tahun di wilayah selatan Filipina.
Detik bersejarah bagi memulakan proses penubuhan wilayah autonomi Bangsamoro itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, pada pukul 3 petang waktu tempatan.
Majlis yang turut disaksikan oleh Ketua MILF, Murad Ebrahim itu ditandatangani oleh wakil kerajaan Filipina, Marvic Leonen dan Ketua Perundingan Damai MILF, Mohagher Iqbal.
Malaysia menjadi pengantara perundingan damai antara kedua-dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober lepas.
sumber

123456789101112131415161718

Tidak ada komentar:

Posting Komentar