Rabu, 01 Januari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Datin Seri Rosmah Menghadap Puteri Haya

Datin Seri Rosmah Menghadap Puteri Haya


DUBAI – Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang sedang melakukan lawatan kerja tiga hari ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE), menghadap Puteri Haya Bint Al Hussein pada Rabu.

Rosmah, yang tiba di sini pada Selasa malam dari Qatar, menghadap Haya, isteri kepada Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, iaitu naib Presiden, Perdana Menteri dan Pemerintah Dubai, di Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia.

Turut hadir Menteri Pembangunan dan Kerjasama Antarabangsa UAE Sheikha Lubna Bint Khalid Al Qasimi, presiden Majlis Ahli Perniagaan Wanita Dubai Raja Al-Gurg, anggota Majlis Kebangsaan Persekutuan Dr Mona Al Bahar dan ahli akademik Dr Hessa Abdulla Lootah.

Rombongan Rosmah turut dianggotai Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Pembangunan Usahawan Wanita dan Latihan Ikhtisas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, isteri Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, isteri Menteri Pendidikan Kedua Datin Seri Che Kamariah Zakaria dan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Tan Sri Dr Sharifah Hapshah Datuk Syed Hasan Shahabudin. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar