Tampilkan postingan dengan label bukan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label bukan. Tampilkan semua postingan

Senin, 03 Maret 2014

Bukan Salah Saya Prestasi Mahali Merosot


SEDARI mula timbulnya desas-desus dia kononnya menjalin hubungan cinta dengan pemain bola sepak Kebangsaan dan pasukan Selangor, Mahali Jasuli, pelakon ini pantas menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan mereka hanya bersahabat. Namun keintiman pasangan ini semakin ketara apabila Tasha Shilla dikatakan sering mengikut Mahali ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bolak sepak.

Bagaimanapun ada spekulasi mengatakan sejak akhir-akhir ni prestasi pemain muda itu kian merosot dan Tasha dipersalahkan. Gara-gara terlalu asyik bercinta sehinggakan Mahali gagal memberikan tumpuan pada kerjayanya.

“Daripada awal lagi saya dah nyatakan yang saya hanya berkawan dengan Mahali. Saya sokong dia sebagai kawan, bukan teman istimewa.

“Mungkin sekarang ni dia tengah alami kecederaan, sebab itu dia tak dapat beraksi dengan baik. Kenapa nak libatkan saya kalau dia tak beraksi cemerlang? Kenapa bila dia tunjukkan prestasi cemerlang dia, tak pula orang sebut nama saya tapi bila dia main tak bagus, mula nak kaitkan nama saya. Soal kenapa dia tak beraksi cemerlang, itu kena tanyalah pada jurulatih dia, Rajagopal kan”, kata Tasha Shilla ketka diminta mengulas mengenai dakwaan tersebut.

Tasha ditemui pada majlis peragaan busana ceongsam The Weld Oriental Rhapsody melibatkan pereka fesyen terkenal seperti Bill Keith, Keith See, Shanghai Sin, Ms Chinese Cosmos dan penaja barang kemas Raflessia di The Weld, kelmarin.

Pada masa sama Tasha mengesahkan dirinya kini masih lagu belum berpunya. Namun tidak hanya Mahali seorang yang kini menjadi temannya malah dia berkawan dengan ramai orang.

“Saya memang sudah bersedia untuk berkahwin namun jodoh, ajal dan maut adalah di tangan Tuhan dan saya menyerahkan segalanya kepada Tuhan,” ujarnya.

Perkembangan lain, Tasha kini sibuk dengan penggambaran drama untuk slot Samarinda TV3 berjudul Terukir di Bintang. Selain itu pada Disember depan dia bakal berangkat ke Korea bagi menjalani penggambaran drama bersiri terbitan RTM berjudul Semusim Salju. – Malaysia Digest
ReadFull Article ..

Selasa, 17 Desember 2013

Pengundi Cina bukan tolak Melayu tapi tolak BN

Harakahdaily, 09 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Kesimpulan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa berlaku "Tsunami Cina" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disifatkan sebagai kenyataan pendek akal.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata, kenyataan itu sebenarnya hanya modal Umno BN mencari alasan kemerosotan pengaruh mereka seperti yang dapat disaksikan dalam keputusan PRU13 lalu.

Kata Idris, Najib cuba menggambarkan bahawa Melayu yang diwakili calon Umno ditolak Cina, sedangkan hakikatnya Cina bukan menolak Melayu tetapi menolak Umno BN itu sendiri.

"Berapa banyak kerusi yang dimenangi oleh calon PAS, termasuk kawasan Parlimen Bukit Gantang yang disokong oleh orang Cina. Mereka hanya tolak Umno BN, bukan tolak Melayu," katanya dalam satu kenyataan.

Isu Melayu terancam ujar Idris menjadi modal Umno kepada orang Melayu luar bandar yang miskin harta dan maklumat sejak sekian lama.

Umno katanya berjaya memutar belit isu ini kononnya DAP mengancam Islam dan menghina Islam dengan dibantu media mereka.

Pada masa sama, Umno juga cuba memadamkan penghinaan pemimpin MCA terhadap Islam.

"Seperti kenyataan pemimpin MCA yang menghina Islam, kononnya Islam boleh membawa kemunduran ekonomi, mencerca Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki, mengatakan  Datuk Ayub Rahmat (Adun Kemelah Johor) seorang yang gila kerana mencadangkan hudud di Dewan Undangan Negeri," jelasnya.

Umno sebenarnya kata Idris, cuba hendak menutup kelemahan mereka menjaga Melayu dengan menuding jari kepada orang lain.   

Sebab itu katanya, Melayu yang mendapat maklumat akan menolak Umno, kerana pemimpin Umno tidak boleh jawab beberapa persoalan yang menimpa orang Melayu selama 57 tahun merdeka.

"Siapa yang menjadikan orang Melayu terpinggir? Siapa yang menjadikan orang Melayu kurang kerusi di Parlimen? Siapa yang menindas Kelantan? Siapa yang menjadikan Melayu miskin? Siapa yang mematikan kuliah agama di masjid? Siapa yang menjadikan Melayu buta jawi?.

"Jawapan ini hanya orang yang berfikir dan cerdik sahaja boleh memberi jawapanya," katanya.
ReadFull Article ..