Selasa, 17 Desember 2013
Browse Manual »
Wiring »
bn
»
bukan
»
cina
»
melayu
»
pengundi
»
tapi
»
tolak
»
Pengundi Cina bukan tolak Melayu tapi tolak BN

Harakahdaily, | 09 Mei 2013 |
KUALA LUMPUR: Kesimpulan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa berlaku "Tsunami Cina" pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) disifatkan sebagai kenyataan pendek akal.
Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berkata, kenyataan itu sebenarnya hanya modal Umno BN mencari alasan kemerosotan pengaruh mereka seperti yang dapat disaksikan dalam keputusan PRU13 lalu.
Kata Idris, Najib cuba menggambarkan bahawa Melayu yang diwakili calon Umno ditolak Cina, sedangkan hakikatnya Cina bukan menolak Melayu tetapi menolak Umno BN itu sendiri.
"Berapa banyak kerusi yang dimenangi oleh calon PAS, termasuk kawasan Parlimen Bukit Gantang yang disokong oleh orang Cina. Mereka hanya tolak Umno BN, bukan tolak Melayu," katanya dalam satu kenyataan.
Isu Melayu terancam ujar Idris menjadi modal Umno kepada orang Melayu luar bandar yang miskin harta dan maklumat sejak sekian lama.
Umno katanya berjaya memutar belit isu ini kononnya DAP mengancam Islam dan menghina Islam dengan dibantu media mereka.
Pada masa sama, Umno juga cuba memadamkan penghinaan pemimpin MCA terhadap Islam.
"Seperti kenyataan pemimpin MCA yang menghina Islam, kononnya Islam boleh membawa kemunduran ekonomi, mencerca Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki, mengatakan Datuk Ayub Rahmat (Adun Kemelah Johor) seorang yang gila kerana mencadangkan hudud di Dewan Undangan Negeri," jelasnya.
Umno sebenarnya kata Idris, cuba hendak menutup kelemahan mereka menjaga Melayu dengan menuding jari kepada orang lain.
Sebab itu katanya, Melayu yang mendapat maklumat akan menolak Umno, kerana pemimpin Umno tidak boleh jawab beberapa persoalan yang menimpa orang Melayu selama 57 tahun merdeka.
"Siapa yang menjadikan orang Melayu terpinggir? Siapa yang menjadikan orang Melayu kurang kerusi di Parlimen? Siapa yang menindas Kelantan? Siapa yang menjadikan Melayu miskin? Siapa yang mematikan kuliah agama di masjid? Siapa yang menjadikan Melayu buta jawi?.
"Jawapan ini hanya orang yang berfikir dan cerdik sahaja boleh memberi jawapanya," katanya.

Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar