Senin, 23 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Maksiat berleluasa ketika Kelantan di bawah BN

Maksiat berleluasa ketika Kelantan di bawah BN

Harakahdaily 

Aslani M, 18 Feb 2013
KETEREH: Biar pun terdapat banyak institusi pondok dan alim ulama, namun tahun 1980-an ketika Kelantan di bawah Barisan Nasional (BN) gejala maksiat dibiarkan berleluasa.

Sedangkan sebelum itu (1959-1978) ketika PAS mentadbir negeri ini banyak unsur-unsur khurafat dan maksiat dihapuskan.

Namun selepas kerajaan BN mentadbir Kelantan bemula pada 1978 gejala tersebut dibiarkan subur semula, malah kegiatan judi dibenarkan beroperasi.

Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Hamid Derani berkata, ketika Tan Sri Muhamad Yaakob menerajui Kelantan, terdapat ramai ulama dan pusat pengajian pondok.

“Ketika itu ada Tok Guru Abdul Aziz Abu Bakar di Pondok Pasir Tumbuh, Tok Guru Mohamad Awang di Pondok Beta, Tok Guru Haji Abdul Rahman di Pondok Sungai Durian.

“Malah ketika itu juga Kelantan mempunyai seorang mufti yang terkenal iaitu Datuk Haji Noor yang mengarang kitab Mestika Hadis.

“Tapi anehnya mengapa gejala maksiat, hiburan dan perjudian masih berlaku di Kelantan. Ini kerana tiada kuasa politik yang boleh menghalang gejala tersebut,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kedai Piah, malam tadi.

Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menarik perhatian ramai penduduk tempatan mengikuti ceramah tersebut. Hadir sama anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir dan Adun Kadok, Azamin Mohd Nor.

Abdul Hamid yang pernah menjadi tenaga penceramah Umno sebelum ini berkata, hanya selepas PAS berkuasa semula di Kelantan pada 1990, barulah gejala maksiat, hiburan dan perjudian dihapuskan.

“Peliknya Ustaz Umno ketika berceramah mendakwa perkara itu hanya berlaku secara kebetulan. Kalau kebetulan mengapa ketika di bawah BN gejala maksiat dibiarkan berleluasa,” ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, mereka yang mengundi BN tentunya ada saham apabila kerajaan terus membiarkan gejala maksiat berleluasa biar pun sudah lama memerintah.

Sementara itu Mohamad berkata, Umno dan media tajaan mereka terus memainkan isu agama dan Melayu dengan harapan dapat menarik simpati rakyat.

“Sekarang mereka mainkan emosi rakyat dengan sentimen agama dan bangsa. Umno lupa orang muda sekarang perlu fakta dan bukannya emosi,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar