Tampilkan postingan dengan label kelantan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kelantan. Tampilkan semua postingan

Kamis, 26 Desember 2013

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Meningkat


KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di jajahan Kuala Krai meningkat kepada 538 orang berbanding 436 orang petang ini.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, setakat 8 malam ini, kesemua mangsa daripada 124 keluarga itu adalah penduduk di Mengkebang dan Olak Jeram dan mereke dipindahkan ke enam buah pusat pemindahan sementara.

Air Sungai Kelantan di Tangga Krai pula pada paras 25.42 meter melepasi tahap bahaya 25 meter manakala di Jambatan Guillemard ialah 16.73 meter (bahaya 16 meter).

Sungai Lebir di Tualang turut melebihi paras bahaya dengan mencatatkan bacaan 35.94 meter (bahaya 35 meter) manakala Sungai Golok di Rantau Panjang juga melepasi bahaya dengan bacaan 9.01 meter (bahaya 9 meter).

Paras air di sungai lain dilaporkan meningkat berikutan hujan yang sesekali lebat di kebanyakan kawasan pedalaman negeri ini.

Tiada jalan utama yang dilaporkan terputus hubungan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan sehingga kini. – Bernama
ReadFull Article ..

Senin, 23 Desember 2013

Maksiat berleluasa ketika Kelantan di bawah BN

Harakahdaily 

Aslani M, 18 Feb 2013
KETEREH: Biar pun terdapat banyak institusi pondok dan alim ulama, namun tahun 1980-an ketika Kelantan di bawah Barisan Nasional (BN) gejala maksiat dibiarkan berleluasa.

Sedangkan sebelum itu (1959-1978) ketika PAS mentadbir negeri ini banyak unsur-unsur khurafat dan maksiat dihapuskan.

Namun selepas kerajaan BN mentadbir Kelantan bemula pada 1978 gejala tersebut dibiarkan subur semula, malah kegiatan judi dibenarkan beroperasi.

Pegawai Penerangan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Hamid Derani berkata, ketika Tan Sri Muhamad Yaakob menerajui Kelantan, terdapat ramai ulama dan pusat pengajian pondok.

“Ketika itu ada Tok Guru Abdul Aziz Abu Bakar di Pondok Pasir Tumbuh, Tok Guru Mohamad Awang di Pondok Beta, Tok Guru Haji Abdul Rahman di Pondok Sungai Durian.

“Malah ketika itu juga Kelantan mempunyai seorang mufti yang terkenal iaitu Datuk Haji Noor yang mengarang kitab Mestika Hadis.

“Tapi anehnya mengapa gejala maksiat, hiburan dan perjudian masih berlaku di Kelantan. Ini kerana tiada kuasa politik yang boleh menghalang gejala tersebut,” katanya pada ceramah isu semasa di Kampung Kedai Piah, malam tadi.

Kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menarik perhatian ramai penduduk tempatan mengikuti ceramah tersebut. Hadir sama anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir dan Adun Kadok, Azamin Mohd Nor.

Abdul Hamid yang pernah menjadi tenaga penceramah Umno sebelum ini berkata, hanya selepas PAS berkuasa semula di Kelantan pada 1990, barulah gejala maksiat, hiburan dan perjudian dihapuskan.

“Peliknya Ustaz Umno ketika berceramah mendakwa perkara itu hanya berlaku secara kebetulan. Kalau kebetulan mengapa ketika di bawah BN gejala maksiat dibiarkan berleluasa,” ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, mereka yang mengundi BN tentunya ada saham apabila kerajaan terus membiarkan gejala maksiat berleluasa biar pun sudah lama memerintah.

Sementara itu Mohamad berkata, Umno dan media tajaan mereka terus memainkan isu agama dan Melayu dengan harapan dapat menarik simpati rakyat.

“Sekarang mereka mainkan emosi rakyat dengan sentimen agama dan bangsa. Umno lupa orang muda sekarang perlu fakta dan bukannya emosi,” katanya.

ReadFull Article ..

Selasa, 17 Desember 2013

Fakri Saarani SAH milik Kelantan


‎"Ahmad Fakry Saarani penyerang Kebangsaan yang kini sedang beraksi bersama kelab Athletico SC di Portugal disahkan telah menandatangani kontrak dengan pasukan TRW

"Semua rundingan antara KAFA/ATHLETICO/FAKRY telah selesai kelmarin dan kontrak yang bermula April ini telah disempurnakan memlalui wakil kedua-dua pihak di Portugal.

"Kehadiran Fakry akan memperkasakan lagi jentera serangan TRW yang kini turut memiliki Dimi Petratos dan Dickson Nwakaeme. Fakry dijangka pulang ke tanahair Mac ini sebaik saja tamat Liga di Portugal"

"THIS IS KOTA BHARU!!! WELLCOME HOME FAKRY. Fakry adalah anak kelahiran Kota Bharu...IC 03!!"

Tan Sri Hj Annuar Musa, 25 Februari 2013
ReadFull Article ..