Jumat, 27 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » Keputusan mentor musim ke 6

Keputusan mentor musim ke 6

Tahniah kepada Caroline dan Ella, kerana berjaya mengegarkan stadium malawati dan berjaya merangkul gelaran juara Mentor musim keenam (Mentor 6)  malam semalam.

 Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, mendapat markah tertinggi sebanyak 71 markah dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.

 Tempat kedua pula dimiliki oleh Protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah , sekaligus meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.

Tempat ketiga jatuh kepada protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan (50 markah) serta menerima wang tunai sebanyak RM10,000. Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.


Tidak ada komentar:

Posting Komentar