Minggu, 29 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Mahkamah tolak petisyen Telok Pasu Rantau Abang

Mahkamah tolak petisyen Telok Pasu Rantau Abang

Harakahdaily, 18 Jul 2013

KUALA TERENGGANU: Mahkamah menolak petisyen yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) ke atas dua anggota Dewan Undangan Negeri  PAS iaitu Telok Pasu dan juga Rantau Abang hari ini.
(Ridhuan [kiri] dan Alias...gembira dengan kemenangan)

Hakim Datuk Seri Mariana Yahya menolak petisyen itu dalam perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Dun Telok Pasu dimenangi calon PAS, Ridhuan Hashim mengalah calon BN Datuk Abdul Rahin Mat Said dengan majoriti 109 undi dalam pilihan raya umum lalu.

Dun Rantau Abang pula dimenangi calon PAS Alias Harun mengalahkan calon BN, Datuk Zaabar Mohd Adib dengan majoriti 90 undi sahaja.


Dalam perbicaraan hari ini, Adun-Adun PAS diwakili oleh peguam Saifudin Othman, Faris Irwan Mustafa, Kamaruzaman Abdul Wahab dan Azwan Rosli.

Calon Umno yang menjadi pempetisyen dalam kes ini pula diwakili lima peguam iaitu Rafai Adnan, Shahri adnan, Ahmad Shamsawal, Hazuan Hamidon dan Mohd Auliat.

Pihak defendan kedua dan ketiga dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula diwakili oleh lapan peguam antaranya Mohd Alfaisi Hashim dan Hafisol Yusof.

Hakim turut memutuskan agar pempetisyen membayar kos sebanyak RM50,000 setiap petisyen untuk SPR manakala Adun PAS masing-masing RM30,000.

Antara punca penolakan mahkamah untuk kes Dun Rantau Abang adalah Ketua Tempat Mengundi SPR mempunyai kuasa penuh dan tidak boleh dipersoal untuk menolak kertas undi yang dicemarkan oleh dakwat kekal.

Untuk kes Telok Pasu pula, mahkamah bersetuju tindakan Ketua Tempat Mengundi menambah satu kertas undi untuk calon PAS dalam pilihan raya itu menjurus kepada kesalahan pilihan raya tetapi ia tidak menyentuh keputusan pilihan raya untuk Dun itu.

Ini adalah perbicaraan petisyen pilihan raya yang pertama berjalan di negeri Terengganu. Sebelum ini, perbicaraan telah berjalan di Kelantan.

Mahkamah 10 Julai lalu menolak petisyen yang difailkan PAS untuk membatalkan keputusan pilihan raya Dun Selising yang dimenangi BN pada PRU13 lalu.

Hakim Pilihan Raya Datuk Zamani Abdul Rahim, yang membuat keputusan itu, berkata ini kerana pihak pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar