YANJI - CHINA. Seorang kanak-kanak terpaksa bergelumang bau busuk selepas terjatuh dalam lubang najis di Yanji, timur laut China.
Media Daily Mail melaporkan, insiden berlaku selepas budak berusia setahun lapan bulan itu dipercayai tergelincir ke dalam lubang terbabit ketika pergi ke tandas secara bersendirian.
Ibunya hanya menyedari kehilangan anaknya selepas terdengar jeritan meminta tolong.
Sejurus kejadian, sekumpulan anggota bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian terletak berdekatan rumah mangsa untuk operasi menyelamat.
“Anggota terpaksa memakai alat pernafasan lengkap dengan tong oksigen kerana lubang berkenaan dipenuhi najis. Budak itu tidak mengalami kecederaan, hanya mengalami trauma,” kata pegawai bomba.sinar
Tidak ada komentar:
Posting Komentar