Kamis, 06 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Mayat Wanita Ditemui Di Tepi Jalan

Mayat Wanita Ditemui Di Tepi Jalan


SEREMBAN – Mayat seorang wanita, dipercayai mangsa bunuh, ditemui di tepi jalan di Taman Seruling Jaya, Jalan Labu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Zainal Abu berkata mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di situ.

“Mayat mangsa yang berusia lewat 20-an atau awal 30-an itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 7.30 pagi. Menurut pemeriksaan awal, mangsa yang berseluar pendek dan berbaju-T mungkin berketurunan Cina,” katanya kepada Bernama.

Zainal berkata mayat kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat.

Beliau turut meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau mempunyai maklumat mengenai kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033222.- BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar